Jangan..Jangan.. Jangan.. Never ever never.. Guna langkah ini untuk memastikan bajet pengiklanan Google Adwords anda berjalan lancar pada harga yang optimum.. Langkah ini juga, jika diikutkan memang akan mendapatkan anda klik yang tinggi tapi biasanya pada conversion atau pulangan jualan yang AMAT RENDAH.

Jadi mari kita tengok apa 3 langkah yang bakal membunuh bajet pengiklanan Google Adwords anda:

1) Google Adwords Express – ketahuilah bahawa tiada yang express dalam hidup ini.. Inikan pula dengan perniagaan yang melibatkan untung rugi. Google Adwords Express sebenarnya adalah preset template untuk mereka yang masih baru dan ingin cuba iklan perniagaan mereka menggunakan medium pengiklanan Google Adwords. Namun ianya tidak secantik digambarkan. Penggunaan keyword yang tidak tepat, pemilihan lokasi audience yang terlalu terbuka, dan tiada setup advanced yang WAJIB anda gunakan sebenarnya. Jadi jika login ke akaun Adwords anda untuk permulaan, pastikan anda klik “Skip the guided setup” dan jangan follow arahan preset yang Google tetapkan.

adwords-express

skip-the-guided-setup-google-adwords2) Broad Match – Keyword setting dalam Google Adwords ada 5. Salah satu secara default adalah Broad Match. Apakah maksud broad match? ianya penggunaan keyword yang mana, iklan anda akan terpapar jika keyword yang salah ejaan, hampir sama maksud, gandaan atau apa sahaja yang berkaitan di gunakan pencari di Google. Contohnya: pengguna di Google mencari “kad kahwin murah”, iklan yang akan terpapar berkaitan semua kad kahwin, kahwin dan kahwin murah.. Antaranya mungkin “kad kahwin terbaru”, “katering kahwin”, “mas kahwin murah” ataupun “kahwin di thailand murah”.. Inilah bahayanya menggunakan broad match keyword. Jadi nak elakkan ke guna broad match? jawapan saya: WAJIB elakkan.

jenis-match-option-google-adwords

3) Default atau recommended – banyak kali dalam conference atau tulisan pakar adwords yang lain mengatakan bahawa default setting atau recomended option adalah sebaiknya DIELAKKAN. Kenapa? sebab kita pun tak tahu apa yang default dalam setting tersebut. Recomended juga anda perlu berhati-hati. Jangan tick sesuka-hati. Pastikan anda baca dan faham apa yang dimaksudnya fungsi yang di recomended kan itu. Jika was-was atau tidak pasti, jangan gunakan.

no-default-allowed-in-adwords-by-sifuadwords

Kesimpulannya, anda yang HANYA TAHU cara setting terbaik untuk iklan anda. Jangan biarkan robot sesuka-hati menetapkan iklan anda. Susun dan kemaskan iklan anda di Adwords sebaiknya.. Supaya ianya menarik, terbaik dan pada kos yang optimum. Nak belajar bagaimana susun dan buat iklan Adwords terbaik?

1- Follow Sifu Adwords di FB

2- Sertai kelas yang disediakan oleh Sifu Adwords

Sifu WanMus adalah pakar Google Adwords di Malaysia.
Beliau juga adalah Certified Google Adwords dan Google Partners.
Berpengalaman menggunakan Google Adwords lebih 8 tahun.
Lebih dari 3000 belajar Google Adwords melalui beliau.