Adakah anda perasan iklan di Google Adwords telah berubah? Kini perubahan drastik yang pihak Adwords buatkan ialah tiada lagi iklan sidebar atau sebelah tepi kanan di page result Google. Jika sebelum ini iklan Google Adwords akan keluar di tiga bahagian iaitu:

  1. Atas (top
  2. Tepi (sidebar)
  3. Bawah (bottom)

Kini iklan di Google Adwords hanya ada 2 sahaja (sudah disahkan pihak Google):

  1. Atas (top)
  2. Bawah (bottom)

Tak percaya? Cubalah test..

result-page-google-adwords-kereta-sewa-sabah-sifuadwords

result-page-google-adwords-ubat-resdung-sifuadwords

Kenapa perubahan drastik?

Perubahan ini dibuat selepas percubaan dalam jangkasa masa yang lama sebenarnya cuma mungkin ramai tidak perasan. Ini kerana kini lebih 70% searchers atau pengguna Google yang membuat carian adalah menggunakan mobile atau smartphone. Jadi iklan di sidebar kini tidak lagi relevan kerana jika menggunakan smartphone, result di sidebar tidak terpapar secara penuh dan pengguna perlu scroll ke tepi untuk melihatnya.

Apa lagi perubahan?

  1. Tiada lagi iklan di sidebar
  2. Iklan top jika sebelum ini 3 paling maksimum, telah menjadi 4 paling maksimum
  3. Iklan bottom jika sebelum ini 1 atau 2 sahaja, kini telah menjadi maksimum 3 iklah

Jadi jika sebelum ini jumlah iklan terpapar di result page Google melalui Google Adwords adalah 3 untuk top, 7 untuk sidebar dan 2 untuk bottom, jadi jumlah iklan boleh terpapar = 12 iklan. Kini hanya 4 untuk tops dan 3 untuk bottom menjadikan jumlah iklan ada 7 sahaja.

Dulu = 12 iklan, Kini = 7 iklan

Nampaknya persaingan kini lebih tinggi. Peluang untuk terpapar makin nipis. Hanya iklan yang mendapat ranking terbaik dan tertinggi sahaja akan terpapar.

Jadi apa perlu buat?

Belajar Google Adwords dari teori sebaiknya. Kerana teori tidak berubah. Jika anda faham sebaiknya teori dan algorithm di sebalik Adwords, sudah pasti apa sahaja perubahan mendatang ianya bukan masalah buat anda. Pastikan Ad Rank anda setinggi yang mungkin!!

>> Klik Sini untuk belajar Google Adwords

dengan Certified Google Adwords & Google Partners <<












Newbie…Belum faham apa itu Google Adwords?

-> Download Free eBook Google Adwords di sini

Sifu WanMus adalah pakar Google Adwords di Malaysia.
Beliau juga adalah Certified Google Adwords dan Google Partners.
Berpengalaman menggunakan Google Adwords lebih 8 tahun.
Lebih dari 3000 belajar Google Adwords melalui beliau.